Ujian kapal induk China berjalan lancar dan dirancang beroperasi pada tahun ini.
Akhbar Harian Renminribao hari ini memetik ucapan Naib Komander Pasukan Tentera Laut yang juga wakil yang sedang menyertai persidangan NPC di Beijing, Xu Hongmeng.
Ujian pertama bagi kapal induk China dilakukan pada 10-14 Ogos tahun lalu dan diikuti dengan ujian pelayaran sebanyak tiga kali.
Komisar politik armada Beihai tentera laut China, Wang Dengping ketika diwawancara semalam berkata, kapal induk China itu akan digunakan untuk kajian dan penyelidikan saintifik serta latihan. Dasar pertahanan China tidak berubah.