Cari:
China Kekalkan Pembaharuan Kewangan Berorientasikan Pasaran
2012-03-12 15:58:30 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Naib Gabenor Bank Rakyat China, yang juga Ketua Pengarah Pentadbiran Pertukaran Asing China, Yi Gang semalam berkata, China telah menghasilkan banyak pencapaian yang menggalakkan dalam mengurangkan lebihan dagangan, mendorong keseimbangan dagangan luar, memperluaskan permintaan domestik dan transformasi ekonomi. Di samping itu, China juga akan meneruskan dasar pembaharuan berorientasikan pasaran dalam mekanisme tukaran RMB, selain yang akan ditentukan oleh permintaan dan bekalan dalam pasaran.

Dalam sidang media di NPC, beliau juga berkata, defisit dagangan yang berlaku pada bulan lepas menandakan perkembangan positif dalam imbangan bayaran untuk perdagangan luar China. Justeru China akan terus menyempurnakan mekanisme kadar pertukaran RMB untuk meningkatkan fleksibiliti apongan dua hala kadar tukaran RMB.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China