Cari:
Sidang Tahunan CPPCC Berakhir
2012-03-13 13:18:28 CRI Cetak

Sidang tahunan Jawatankuasa Kebangsaan Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China(CPPCC) berakhir di Beijing hari ini.

Dalam ucapan penutupnya, Pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan CPPCC, Jia Qinglin berkata, anggota CPPCC dalam sidang kali ini telah membincangkan laporan kerja kerajaan, dan berjaya menyumbang cadangan yang konkrit terhadap isu utama dalam pembangunan negara ketika ini.

Ini termasuk usaha meningkatkan kawalan ekonomi makro, mempercepatkan transformasi ekonomi dan memperbaiki kehidupan rakyat. Sebanyak 6069 cadangan dikemukakan, manakala 1341 pendapat rakyat diterima sepanjang persidangan kali ini.

Upacara penutup itu turut dihadiri barisan pemimpin China termasuk Hu Jintao, Wen Jiabao, Li Changchun, Xi Jinping, Li Keqiang, He Guoqiang dan Zhou Yongkang.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China