Cari:
China Galakkan Perkembangan Kebudayaan dalam Kalangan Rakyat
2012-03-13 12:47:25 CRI Cetak

Kerajaan China giat menggalakkan perkembangan kebudayaan dalam kalangan rakyat sebagai usaha mengembangkan kebudayaan di seluruh negara. Ketika membentangkan laporan kerja dalam Persidangan Tahunan ke-5 Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC)ke-11, Perdana Menteri, Wen Jiabao menyatakan bahawa pihaknya akan meningkatkan pembinaan kemudahan kebudayaan di kawasan luar bandar dan barat China.

Ahli NPC yang juga Ketua Pengarah Syarikat Tayangan Filem kaunti Kaifeng, provinsi Henan, Puan Guo Jianhua telah berkhidmat menayangkan filem kepada kaun tani di kawasan luar bandar selama 38 tahun. Menurutnya, selaras dengan peruntukan kerajaan dalam pembinaan kemudahan kebudayaan yang semakin meningkat, kemudahan penayangan filem di peringkat asas juga diperbaiki. Katanya, "Pada masa dahulu,kami pergi ke tempat menayangkan filem dengan berbasikal, manakala kini kami memandu kereta. Filem yang ditayangkan juga filem tanpa warna dan kini filem berwarna, filem dipindahkan dari plat kepingan getah ke digital, serta tempat penayangan filem yang terletak di lapangan luar hingga ke pawagam digital. Semua ini menunjukkan kemudahan penayangan filem di kawasan luar bandar memang mengalami perubahan yang agak besar."

Ahli NPC yang juga Naib Pengerusi Persatuan Artis Opera China, Han Zaifen menyatakan, kerajaan perlu menggalakkan perkembangan opera tradisional dalam kalangan rakyat. Katanya, "Kami berkeyakinan penuh terhadap perkembangan opera tradisional. Kerajaan memperuntukkan dana untuk menggalakkan perkembangan pasaran persembahan opera tradisional. Kami berpeluang menunjukkan persembahan kepada rakyat."

Ahli NPC yang juga Ketua Jabatan Kebudayaan provinsi Sichuan, Zheng Xiaoxing menyatakan, kerajaan perlu mengambil berat terhadap perkembangan kebudayaan di kawasan luar bandar. Provinsi Sichuan menambah peruntukan bagi membina kemudahan kebudayaan di kawasan luar bandar dan mencapai kejayaan yang menggalakkan. Katanya, "Sebagai contoh, provinsi Sichuan memperuntukkan RMB 2 bilion dalam pembinaan kemudahan kebudayaan awam, dan satu bilion daripada peruntukan itu digunakan di kawasan luar bandar."

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China