Dua persidangan NPC dan CPPCC yang diadakan di China baru-baru ini mendapat perhatian di dalam dan luar China.
Akhbar Ta Kung Pao Hong Kong dalam rencana pengarang semalam melaporkan terdapat banyak isu sensitif seperti isu pembaharuan dan rasuah yang dibangkitkan dalam tempoh persidangan NPC dan CPPCC. Namun para pegawai tidak mengelak menjawab isu tersebut dan memberi maklum balas secara berterus terang.Keadaan itu mencerminkan kemajuan politik berlandaskan demokrasi yang disuntik secara beransur-ansur.
Artikel itu mengambil contoh isu pembaharuan yang dibangkitkan oleh delegasi provinsi Guangdong. Mereka mendedahkan pembaharuan sukar dilaksanakan kerana terdapat kepentingan melibatkan pihak berkuasa.
Keberanian untuk menghadapi penyelewengan oleh pihak berkuasa akan mendorong pembaharuan berkenaan.