Cari:
Wen Jiabao: China Perlukan Pembaharuan Struktur Politik
2012-03-14 15:54:23 CRI Cetak

Perdana Menteri China, Wen Jiabao berkata China bukan sahaja memerlukan pembaharuan ekonomi, bahkan struktur politiknya perlu dibuat pembaharuan terutama yang melibatkan sistem kepimpinan dalam Parti Komunis China dan kerajaan.

Dalam sidang media di akhir persidangan NPC hari ini, Wen Jiabao menegaskan pembaharuan di China kini berada pada tahap kritikal. Beliau memberi amaran bahawa tanpa reformasi politik yang berkesan, amat sukar bagi negara ini melaksanakan transformasi ekonomi dan segala manfaat yang diperolehi selama ini akan hilang. Sementara masalah baru yang muncul dalam masyarakat mungkin tidak dapat diselesaikan di peringkat akar umbi.

Namun, beliau mengakui untuk melaksanakan pembaharuan di sebuah negara yang mempunyai 1.3 bilion penduduk ini perlu dilakukan selangkah demi selangkah.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China