Cari:
Orang Asia Tenggara Tumpukan Persidangan Tahunan NPC dan CPPCC
2012-03-14 14:03:37 CRI Cetak

Persidangan Tahunan NPC dan CPPCC yang berakhir hari ini menarik perhatian pendengar CRI di rantau Asia Tenggara. Pendengar dari Indonesia, Thailand, Filipina, Kemboja, Laos, Myanmar dan Vietnam masing-masing menyampaikan pandangan mereka terhadap persidangan itu melalui telefon dan internet.

Timbalan Menteri Penerangan, Kebudayaan dan Pelancongan Laos, Duangmixay Likaya yang juga pendengar CRI, menyatakan bahawa kebanyakan usul yang dibentangkan dalam Persidangan Tahunan ke-5 NPC ke-11 berkait rapat dengan kehidupan rakyat. Ini menunjukkan komitmen kerajaan China yang mengutamakan kehidupan rakyatnya. Selain itu, tindakan China menurunkan sasaran pertumbuhan ekonomi bermanfaat bagi China untuk mengelakkan kesan negatif ekoran pertumbuhan yang terlalu pesat.

Pengguna internet dari Indonesia, Sujipto yang menyampaikan pandangannya dalam laman sesawang CRI berkata, "Semasa Persidangan tahunan parlimen China berlangsung, saya berharap agar ekonomi China terus berkembang dengan sihat dan pesat. China telah menjadi lebih makmur dan hebat serta menjadi pendorong kepada perkembangan ekonomi serantau, khususnya menggalakkan perkembangan ekonomi Indonesia, dan sekali gus memberikan manfaat kepada rakyat Indonesia."

Seorang pengguna internet dari Thailand berkata, "Bagusnya! Laporan kerja yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Wen Jiabao mengutamakan perkembangan pendidikan, sains dan teknologi, perlindungan alam sekitar, syarikat kecil, dan masalah akar umbi bagi mengekalkan kelestarian pembangunan."

Pendengar dari Filipina, Ebeth berkata, "Ucapan Perdana Menteri Wen Jiabao ikhlas. Saya rasa beliau pemimpin yang sederhana dan pragmatik."

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China