Cari:
China Dan Negara Arab Berpendirian Sama Dalam Isu Syria
2012-03-14 13:10:05 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Utusan Khas Kerajaan China, Zhang Ming bertemu secara berasingan dengan Setiausaha Agung Liga Arab (AL) , Nabil el-Araby dan Menteri Luar Mesir, Muhammad Kamil Amr di Kaherah semalam.

Dalam pertemuannya dengan Nabil el-Araby, Zhang Ming yang juga Penolong Menteri Luar China berkata, China dan AL mempunyai pendirian sama dalam penyelesaian isu Syria secara politik. Kedua-dua pihak mahu memelihara keamanan dan kestabilan di rantau Asia Barat.

Dalam pertemuan dengan Muhammad Kamil Amr, Zhang Ming telah menyatakan penghargaan China terhadap usaha Mesir untuk menggalakkan krisis Syria diselesaikan dalam kerangka AL. Beliau berkata, China bersedia merapatkan hubungan dengan Mesir, dan mendorong penyelesaian secara adil, damai dan sempurna dalam isu Syria.

  

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China