Cari:
China akan Teruskan Pembaharuan
2012-03-15 15:25:53 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Persidangan Tahunan Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) telah berakhir di Beijing semalam. Dalam sidang media selepas itu, Perdana Menteri, Wen Jiabao telah menjawab soalan dari 14 media dalam dan luar negera membabitkan penurunan sasaran pertumbuhan ekonomi, pembaharuan sistem politik dan kaedah untuk merapatkan jurang perbezaan pendapatan dalam kalangan masyarakat. Tegas beliau, pembaharuan China sudah masuk ke tahap yang paling penting. Pembaharuan itu mesti diteruskan, dan tidak boleh dihentikan atau ditarik balik.

Dalam laporan kerja kerajaan China tahun ini, matlamat pertumbuhan ekonomi ditetapkan pada kadar 7.5%. Kadar itu lebih rendah berbanding dengan dahulu, iaitu 8%. Penurunan sasaran pertumbuhan ekonomi mendapat perhatian dunia, dan zaman pertumbuhan pesat ekonomi China dianggap sudah berakhir. Wen Jiabao berkata, ini untuk kepentingan rakyat.

"Ekonomi China mampu mengatasi masalah pembangunan yang kurang seimbang, selaras dan berterusan, mengekalkan hala tuju pembangunan yang mementingkan kualiti. Ini bermanfaat bagi pembangunan ekonomi dunia. Pada masa ini, kami perlu menjaga pembangunan yang pesat dan mapan, melaksanakan penyusunan semula struktur dan mengekang inflasi. Kami akan berusaha mencipta keuntungan yang sebanyak mungkin untuk manfaat hidup rakyat."

Tahun ini merupakan tahun akhir perkhidmatan kerajaan yang diterajui Perdana Menteri Wen. Beliau menegaskan bahawa kuasa kerajaan berasal daripada keyakinan rakyat. Beliau mengakui bahawa terdapat gejala ketidakadilan agihan, kurangnya kejujuran dan rasuah. Menurutnya,

"Saya mengetahui bahawa usaha pembaharuan pasti menghadapi kesukaran. Sebarang pembaharuan perlu mendapat sokongan rakyat. Namun, dalam negara China yang mempunyai populasi lebih 1.3 bilion, pembaharuan mesti dilaksanakan dengan stabil dan berperingkat. Ini bukan rancangan yang mudah untuk dilaksanakan, namun pembaharuan tersebut mesti diteruskan, tidak boleh dihentikan atau diundurkan. Tindakan yang menghentikan atau membatalkan pembaharuan tidak mempunyai masa depan."

Perdana Menteri Wen berkata, dalam tahun terakhir pentadbiran kerajaannya, beliau akan berusaha untuk menyelesaikan beberapa masalah. Beliau berkata,

"Yang pertama, kerajaan akan menyusun pelan induk pembaharuan dalam sistem agihan pendapatan. Kedua, memperkenalkan peraturan ganti rugi tentang pengambilan tanah di kawasan luar bandar bagi menjamin hak milik tanah petani. Ketiga, memperluas insurans pencen di semua bandar dan luar bandar. Keempat, menggalakkan pembasmian kemiskinan di kawasan miskin tegar sejajar dengan piawaian baharu. Kelima, berikutan peruntukan untuk pendidikan sebanyak 4% dalam KDNK tahun ini, kami akan berusaha untuk mencapai matlamat tersebut dan menggunakan peruntukan tersebut dengan sebaik-baiknya."

Wen Jiabao berkata, tahun ini mungkin akan menjadi tahun yang paling sukar, dan juga akan menjadi tahun yang paling berharapan. Rakyat China memerlukan kerajaan yang tenang, cergas dan jujur, manakala kerajaan pula memerlukan keyakinan, sokongan dan bantuan rakyat.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China