Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik 2012 London semalam menetapkan 7,300 pembawa obor dan laluan larian obor. Larian obor akan meliputi lebih seribu kawasan perumahan dan hampir 95% penduduk di Britain dapat menyaksikan aktiviti tersebut di sekitar kediaman mereka.
Larian obor sepanjang 5 ribu kilometer dan mengambil masa kira-kira 70 hari. Ia akan bermula pada 19 Mei nanti.