(Li Keqiang bertemu dengan Naib Perdana Menteri Iran, Mohammad Javad Mohammadizadeh)
Naib Perdana Menteri China, Li Keqiang semalam secara berasingan bertemu dengan rakan sejawatnya dari Iran dan Thailand, Mohammad Javad Mohammadizadeh, dan Kittiratt Na-Ranong sempena Forum Asia Boao 2012.
Li Keqiang berkata, China dan Iran mengekalkan interaksi peringkat tinggi, mendorong kerjasama pragmatik, meningkatkan perkongsian sosiobudaya dan mengadakan pertukaran pendapat dengan baik dalam hal ehwal antarabangsa. China mementingkan hubungan dengan Iran, bersedia merapatkan kerjasama politik, ekonomi dan sosiobudaya dengan negara itu, memelihara trend perkembangan positif hubungan bilateral supaya dapat membawa lebih banyak manfaat kepada rakyat kedua-dua negara, dan bersama-sama melindungi keamanan serantau dan dunia.
(Li Keqiang bertemu dengan Naib Perdana Menteri Thailand, Kittiratt Na-Ranong )
Ketika bertemu dengan Kittiratt Na-Ranong, Li Keqiang berkata, China mengutamakan persahabatan dengan Thailand, dan bersedia bersama dengan negara itu mengekal pertukaran lawatan peringkat tinggi, meningkatkan rancangan strategik dan memperdalam kerjasama dalam ekonomi, perdagangan, kewangan, pembinaan infrastruktur, sumber tenaga baharu dan pencegahan bencana. Selain itu, China bersedia mengekal interaksi dengan Thailand bagi mendorong hubungan negara ini dengan ASEAN dan memelihara keamanan Asia Timur.