China bersedia berusaha bersama negara di Asia mendorong pembangunan Asia dengan sihat dan berterusan.
Demikian dinyatakan Naib Perdana Menteri China, Li Keqiang ketika berucap dalam Forum Asia Boao 2012 di provinsi Hainan hari ini. Dalam ucapannya, beliau berkata, tahap pembangunan agak rendah di banyak negara Asia, dan jurang perbezaan amat besar antara satu sama lain. Maka, jalan pembangunan Asia tetap menghadapi kesukaran yang besar. Walau bagaimanapun, peluang lebih banyak daripada cabaran, dan harapan lebih banyak dibanding kesukaran.
Beliau turut mengemukakan lima cadangan bagi mendorong pembangunan Asia secara berterusan. Pertama, menumpu kepada pertumbuhan permintaan dalaman. Kedua, meningkatkan keterbukaan yang bersifat inklusif. Ketiga, mewujudkan hubungan saling menguntungkan. Keempat, menggalakkan perpaduan dan keharmonian. Dan kelima, mempertahankan pelaksanaan dasar pembangunan secara damai.