Perdana Menteri China, Wen Jiabao bertemu Ketua Eksekutif Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong yang baru dilantik, Leung Chun-ying di Beijing semalam.
Wen Jiabao berkata bahawa tempoh lima tahun akan datang amat penting bagi pembangunan Hong Kong. Hong Kong kini sedang menghadapi tekanan akibat kemerosotan ekonomi dan inflasi, masalah perumahan, peluang pekerjaan dan perubatan yang ketara. Kerajaan Hong Kong diharap mengutamakan pembangunan ekonomi dan peningkatan taraf hidup rakyat. Kerajaan pusat China akan membantu dalam pembangunan Hong Kong, meningkatkan kerjasama dan pertukaran antara Hong Kong dan kawasan pedalaman.