Kapal tentera laut China "Cheng Ho" berlepas dari Pelabuhan Saigon, bandar Ho Chi Minh selepas mengakhiri lawatan persahabatan selama tiga hari di Vietnam semalam.
Bandar Ho Chi Minh merupakan perhentian pertama kapal"Cheng Ho" dalam pelayarannya mengelilingi dunia. Semasa lawatan di sana, pegawai tentera kedua-dua negara berpeluang berinteraksi untuk meningkatkan persefahaman antara satu sama lain. Seorang pegawai tentera laut Vietnam berkata: "Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih atas semangat dan layanan baik kapal 'Cheng Ho' yang sudi berkunjung ke tempat kami. Banyak yang telah kami pelajari tentang kapal dan peralatan anda. Saya juga berharap lebih banyak aktiviti interaksi seumpama ini boleh diadakan lagi pada masa akan datang. Semoga pelayaran kapal 'Cheng Ho" kali ini berjalan dengan lancar."
Anggota tentera laut dari pelbagai negara yang menyertai lawatan kapal 'Cheng Ho' juga berpeluang melawat ke beberapa tapak peninggalan yang bersejarah di Ho Chi Minh. Ini termasuk Muzium Tapak Peninggalan Perang Vietnam serta pejabat pos yang sejarahnya lebih 100 tahun. Seorang anggota tentera laut Republik Korea yang sebagai pelajar ikut serta dalam lawatan ini berkata: "Walaupun sukar bagi tentera dari selatan Vietnam untuk memenangi perang saudara pada zaman itu, usaha-usaha gigih mereka tetap kelihatan daripada peta dan telefon yang pernah banyak dipasang dan sekarang ini dipamerkan dalam muzium ini. Maka, boleh kita bayangkanlah betapa sibuknya pemimpin kerajaan Vietnam Selatan ketika itu."
Dalam tempoh lawatan kali ini juga, pensyarah dan pelajar dari Akademi Kapal Tentera Laut Dalian China telah mengadakan kunjungan ke Maktab Teknik Tentera Laut Vietnam. Simposium berhubung cara meningkatkan keberkesanan kursus latihan telah diadakan antara pelajar kedua-dua negara. Selain itu, beberapa aktiviti lain turut diadakan, termasuk pertandingan bola tampar dan tarik tali. Seorang pelajar di Akademi Tentera Laut Vietnam berkata: "Saya bersyukur kerana dapat berinteraksi dengan pelatih tentera laut dari China, dan berharap agar aktiviti interaksi akan terus dijalankan selepas ini untuk menggalakkan persahabatan kedua-dua negara."