Cari:
Hong Kong Bakal Jadi Lapangan Terbang Mesra Alam di Dunia
2012-05-09 14:47:41 CRI Cetak

Jabatan Pengawalan Lapangan Terbang Hong Kong China dengan kerjasama 40 rakan niaganya berjanji akan menjadikan Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong sebagai lapangan terbang yang paling mesra alam di dunia.

Pada tahun 2010, kedua-dua pihak ini berjanji untuk mengurangkan 25% kepekatan karbon di sekitar lapangan terbang menjelang tahun 2015 berbanding tahun 2008 serta memperkenalkan lebih 300 langkah perlindungan alam sekitar.

Jabatan Pengawalan Lapangan Terbang Hong Kong China memulakan langkah perlindungan alam sekitar bagi tempoh tiga tahun bermula tahun 2011, antaranya termasuk menggantikan 100 ribu buah lampu dengan lampu LED menjelang penghujung tahun 2014.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China