Sebahagian besar kawasan perairan Laut Selatan dikenakan moratorium selama dua bulan setengah bermula hari ini. Berdasarkan statistik Lembaga Perikanan Provinsi Hainan, sebanyak 8,994 buah kapal nelayan dan lebih 35 ribu orang nelayan di provinsi itu, terlibat dalam moratorium ini.
Kerajaan provinsi itu mahu badan perikanan mengadakan latihan perundangan, teknik pengeluaran dan pengetahuan keselamatan pelayaran kepada para nelayan dalam tempoh moratorium ini.








