Pesta Pelancongan Budaya Jed Hotan Xinjiang ke-9 dan Pesta Permaidani Bulu Kambing Buatan Tangan Ke-5 akan diadakan di bandar Hotan pada 28 hingga 30 Ogos nanti.
Pelbagai aktiviti termasuk upacara pengedaran setem jed Hotan, malam riang ria, pameran produk istimewa, penandatanganan kontrak projek perdagangan, serta pesta makanan etnik akan diadakan sempena pesta tersebut.
Hotan yang terletak di hujung bahagian selatan Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang didiami oleh majoriti penduduk etnik Uygur yang beragama Isalm sejak turun-temurun. Sejarah, budaya yang cemerlang, adat resam etnik Uygur yang istimewa, pemandangan alam yang indah serta produk yang pelbagai di kawasan itu menarik masuk ramai pelancong dan pedagang sejak beberapa tahun kebelakangan ini.