Cari:
Krisis Hutang Eropah Fokus Sidang Kemuncak G20
2012-06-16 15:40:11 CRI Cetak

Isu krisis hutang Eropah ditetapkan sebagai topik perbincangan utama Sidang Kemuncak G20 yang bakal diadakan di Los Cabos, Maxcio pada 18 hingga 19 Jun nanti.

Demikian terkandung dalam kenyataan bersama Pengerusi Majlis Eropah Herman Van Rompuy dan Pengerusi Suruhanjaya Kesatuan Eropah, Jose Manuel Barroso semalam.

Menurut kenyataan tersebut, EU akan memberi taklimat tentang usahanya dalam menghadapi krisis dan keazaman kukuh EU demi memelihara keutuhan zon euro dan kestabilan kewangan kepada pelbagai negara anggota G20 dalam sidang kemuncak nanti.

Herman Van Rompuy dan Jose Manuel Barroso menyeru kuasa-kuasa ekonomi utama di dunia agar terus memberi sumbangan demi membaikpulih keseimbangan ekonomi global. Mereka turut menyampaikan keyakinan terhadap peranan "Pelan Tindakan Pertumbuhan G20 Los Cabos" yang bakal diluluskan dalam sidang kemuncak nanti, akan mencapai keseimbangan antara kestabilan kewangan dan pengubahsuaian struktur ekonomi.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China