Sekretariat Perubahan Iklim Singapura mengumumkan strategi komprehensif negara itu buat kali pertamanya baru-baru ini. Menurutnya, Singapura merancang untuk menangani perubahan iklim global dari tiga segi, untuk menjadikan negara itu sebuah metropolitan yang mampu menghadapi cabaran berkenaan.
Kandungan strategi tersebut ada seperti berikut; Pertama, mengurangkan pelepasan karbon yang melalui pelan cukai pelepasan karbon kenderaan, rancangan piawaian penggunaan tenaga asas dan pembinaan bangunan yang bersifat hijau. Kedua, meneroka pelbagai teknik dan model perniagaan baharu agar Singapura menjadi pusat teknologi bersih global. Ketiga, meningkatkan kerjasama dengan rakan kongsi dalam dan luar negara, seperti menjalinkan kerjasama antara syarikat swasta dengan sektor awam, serta mempererat kerjasama dengan PBB dan WTO.
Ketika strategi tersebut diumumkan, Timbalan Perdana Menteri Singapura, Teo Chee Hean menegaskan bahawa keutamaan strategi itu adalah pelaksanaan pelbagai langkah untuk mengurangkan pelepasan karbon dalam pelbagai sektor. Kalau tidak, jumlah pelepasan karbon Singapura dijangka mencapai 77.2 juta tan pada tahun 2020. Dengan melaksanakan strategi ini, jumlah itu dipercayai dapat dikurangkan sebanyak 7-11%.
Singapura sebuah negara yang kecil dan kekurangan sumber, dan tenaga hidro, angin dan solar tidak digunakan secara meluas. Walau bagaimanapun, kerajaan Singapura tetap berusaha untuk mengurangkan pelepasan karbon. Kini, 80% daripada penjanaan tenaga elektrik negara itu adalah daripada gas asli. Ini lebih bersih daripada minyak yang digunakan sebelum ini.
Dari segi pengangkutan, jumlah kenderaan disediakan berdasarkan ruang jalan sebenar. Selain itu, sistem kawalan elektronik digunakan untuk mengawal bilangan kenderaan dan mengurangkan kesesakan lalu lintas, sekali gus mengurangkan pelepasan karbon. Bermula Januari tahun depan, Singapura juga akan melaksanakan cukai pelepasan karbon bagi kenderaan baharu. Pembeli kenderaan dengan pelepasan karbon rendah akan menikmati insentif cukai, manakala pembeli kenderaan dengan pelepasan karbon tinggi bakal dikenakan caj tambahan.
Dari segi kehidupan harian, kerajaan Singapura telah memperkenalkan sebuah sistem pelabelan tenaga mandatori untuk membantu pengguna memahami jumlah penggunaan elektrik peti ais dan penyaman udara. Selain itu, kerajaan juga menuntut agar pembinaan bangunan baharu memenuhi piawaian berkenaan. Setakat ini, sebanyak 1,000 buah bangunan telah diberi label "hijau".
Menurut Teo Chee Hean, pihaknya juga sedang mempertimbangkan cukai karbon sekiranya diperlukan. Menurut beliau, walaupun pelepasan karbon Singapura tidak sampai 0.2% keseluruhan dunia, negara itu tetap bersedia untuk memberikan sumbangan yang berpatutan dalam usaha menangani perubahan iklim global.








