Sidang Asia Timur Forum Ekonomi Dunia ke-21 yang bertemakan "kesalinghubungan dan pembentukan masa depan serantau" baru-baru ini menunjukkan trend perkembangan ekonomi di rantau Asia Pasifik, yang juga akan ditempuh ASEAN sepanjang proses integrasi ekonominya menjelang tahun 2015. Selain projek-projek infrastruktur, visa tunggal, bursa kewangan, pasaran penerbangan tunggal, kemudahan transit kargo, dan pembangunan bank ASEAN yang sedang dilaksanakan, sebuah sektor yang berkait rapat dengan pewujudan "kesalinghubung" itu telah menjadi semakin hangat, iaitu pengangkutan laut ASEAN.
Disebabkan tumpuan ekonomi dunia akan beransur-ansur berpindah dari Barat ke Timur, rantau Asia Tenggara dianggap memainkan peranan strategik yang lebih penting dalam 20 tahun akan datang. Dengan itu, ASEAN bakal menghadapi peluang pasaran dan pembangunan yang baharu. Perdagangan antara anggota ASEAN merupakan 27% dari keseluruhan perdagangan ASEAN pada tahun 2011. Angka ini dipercayai meningkat kepada 29% pada tahun ini. Oleh itu, ASEAN akan mengekalkan kedudukan strategiknya sebagai hab pengangkutan laut kargo dunia. Ini juga bermakna bahawa sektor pengangkutan laut ASEAN yang berurus niaga baik di dalaman mahupun di persada antarabangsa bakal mendapat ruang pembangunan yang lebih besar.
Semua faktor tersebut menyebabkan sektor pengangkutan laut ASEAN mempercepat langkahnya dalam mengeratkan kesalinghubungan. Oleh itu, projek prasarana pengangkutan berkenaan turut menjadi tumpuan.
Kini, pelebaran pelabuhan utama di sebahagian negara ASEAN telah dimulakan. Secara konkrit, pemunggahan dan pemuatan pelabuhan Singapura bakal meningkat kepada 55 juta kontena pada tahun 2018 daripada 29.9 juta kontena sekarang ini. Muatan seumpama ini di pelabuhan Klang, Malaysia akan meningkat kepada 10 juta kontena pada tahun 2013 daripada 8 juta sekarang. Pelabuhan Tanjung Priok, Indonesia dipercayai memuat 11 juta kontena pada tahun 2017. Di samping itu, projek pembinaan beberapa banyak pelabuhan Indonesia telah dirancangkan. Antaranya, Pelabuhan Kalibaru denagn pelaburan sebanyak Rp 22.66 trilion dan Pelabuhan Teluk Lamong sebanyak Rp 3.4 trilion dijadualkan mula dibina pada Julai depan. Kerajaan Indonesia berharap pembangunan pelabuhan dapat menyumbang 15% kepada pertumbuhan industri logistik pada tahun ini.
Dengan faktor dalaman dan luaran, pengangkutan laut ASEAN dianggap akan berkembang pesat. Di samping meningkatkan pembinaan infrastruktur berkenaan, ASEAN perlu menyusun semula dan menggubal peraturan yang sama, melaksanakan prosedur kastam yang sama dan mempertahankan ketelusan serta keterbukaan, melatih lebih ramai tenaga profesional, dan memperhebat kesinambungan pelabuhan dengan jalan raya. Dengan usaha itu, sektor pengangkutan laut akan menjadi lokomotif dalam pelaksanaan strategi berkenaan.








