Cari:
PM China Mulakan Lawatan ke Argentina
2012-06-24 16:01:52 CRI Cetak

Perdana Menteri China, Wen Jiabao semalam tiba di Buenos Aires untuk memulakan lawatan rasminya ke Argentina. Lawatan perdana menteri China ke Argentina sebelum ini diadakan 27 tahun lalu.

Wen dalam ucapannya di lapangan terbang menyatakan bahawa persahabatan kedua-dua negara amat kukuh. Ini terbukti dengan kekerapan pertukaran lawatan peringkat tinggi, peningkatan persefahaman potilik, pencapaian kerjasama dalam bidang ekonomi, perdagangan, kebudayaan, pendidikan dan teknologi serta penyelarasan dalam urusan antarabangsa dan serantau sejak hubungan diplomatik dijalin 40 tahun yang lalu, khususnya selepas perkongsian strategik terjalin pada tahun 2004. China bersedia menggunakan peluang ulang tahun ke-40 terjalinnya hubungan diplomatik untuk terus mempererat kerjasama yang saling menguntungkan dengan Argentina sehingga memberi manfaat kepada rakyat kedua-dua negara.

Lawatan Wen kali ini dipercayai akan membantu memperluas persepakatan, memperkukuh rasa saling mempercayai serta kerjasama pragmatik, dan sekali gus melonjakkan hubungan rakan strategik China-Argentina.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China