Cari:
Xi Jinping Lawat Pameran Ulang Tahun ke-15 Penubuhan Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong
2012-06-28 14:08:52 CRI Cetak

Pameran Ulang Tahun ke-15 Penubuhan Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong dirasmikan di Muzium Negara di Beijing semalam. Naib Presiden China, Xi Jinping menghadiri upacara perasmian itu dan turut melawat pameran.

Sebelum majlis tersebut, Xi Jinping telah ditemui Ketua Eksekutif Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong, Henry Tang dan bakal penyandang jawatan itu, Leung Chun-Ying. Dalam pertemuan itu, Xi Jinping menyanjung kejayaan Hong Kong dalam pelbagai bidang sepanjang tempoh 15 tahun lalu.

Ketika melawat pameran itu, Xi Jinping menyatakan bahawa pameran itu akan membantu meningkatkan pemahaman dan keyakinan terhadap dasar "satu negara dua sistem" serta memperkukuh keyakinan terhadap pembangunan bersama Hong Kong dan tempat lain di Tanah Besar pada masa depan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China