Cari:
Enam Bandar China Antara 100 Bandar Paling Berdaya Saing di Dunia
2012-06-29 12:42:49 CRI Cetak
Institut Pengajian Strategi Ekonomi Akademi Sains dan Sosial China dan Pusat Penyelidikan Bandar dan Daya Saing mengeluarkan Laporan Daya Saing Bandar Global 2011-2012 di Beijing semalam. Enam buah bandar di China tersenarai antara 100 bandar yang paling berdaya saing di dunia.

Menurut laporan itu, Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong China sekali lagi menduduki senarai 10 buah bandar teratas, selain pada tahun 2007 dan 2008.

Menurut indeks purata daya saing, China mencatat 0.312 pada tahun 2011-2012, meningkat 0.001 berbanding tahun lalu. Laporan itu menyatakan bahawa walaupun kadar peningkatan itu kecil, tetapi bukan mudah dicapai berikutan krisis kewangan dan krisis hutang Eropah yang berlaku serentak.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China