Cari:
Hu Jintao Tinjau Projek Mesra Rakyat Hong Kong
2012-06-30 15:28:13 CRI Cetak

Presiden China, Hu Jintao yang menghadiri majlis perayaan ulang tahun ke-15 penubuhan Wilayah Pentadbiran Hong Kong pagi tadi meninjau satu projek bersepadu yang bersifat mesra rakyat di wilayah tersebut, iaitu Pelan Pembangunan Kai Tak yang digelar sebagai salah satu daripada sepuluh projek infrastruktur utama di Hong Kong.

Kawasan pembangunan Kai Tak merupakan tanah pembangunan terakhir yang dekat dengan pelabuhan Victoria.

Ia bakal digunakan untuk pembinaan perumahan, wisma pejabat, hotel, kedai kedai, agensi pelancongan dan pusat hiburan. Antaranya, pelan perumahannya dijangka dapat menyediakan tempat tinggal yang selesa untuk 90 ribu orang.

Fasa pertama pelaksanaan projek tersebut dimulakan pada tahun 2009, dengan merangkumi pembangunaan 13 ribu rumah sewa awam, jeti kapal persiaran dan prasarana berkenaan. Ia dijangka siap dibina pada tahun 2013.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China