Presiden China, Hu Jintao semalam menemui Ketua Eksekutif Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong, Donald Tsang Yam-kuen. Beliau berharap Tsang Yam-kuen terus memberikan perhatian tentang pembangunan di Hong Kong dan menyokong bakal Ketua Eksekutif, Leung ChunYin dan kerajaan baharu menjalankan pentadbiran di sisi undang-undang.
Menurut Hu Jintao, Tsang Yam-kuen mengetuai kerajaannya berjaya mengatasi kesan negatif akibat krisis kewangan antarabangsa, meningkatkan pertukaran dan kerjasama dengan Tanah Besar serta mengamalkan beberapa dasar untuk mengembangkan ekonomi dan meningkatkan taraf hidup rakyat.
Tsang Yam-kuen turut mengucapkan terima kasih atas perhatian dan sokongan yang diberikan oleh kerajaan pusat.