Cari:
"Satu Negara, Dua Sistem" Terbukti Asas Kemakmuran Hong Kong
2012-07-01 15:26:03 CRI Cetak

Presiden China, Hu Jintao menghadiri majlis perayaan sambutan ulang tahun ke-15 pengembalian Hong Kong ke China yang juga majlis angkat sumpah kerajaan ke-4 Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong pagi tadi.

Beliau berucap, pencapaian Hong Kong dalam 15 tahun lalu membuktikan bahawa "satu negara, dua sistem" cara terbaik untuk menyelesaikan masalah sejarah, dan juga pilihan terbaik bagi mengekalkan kemakmuran dan kestabilan wilayah tersebut setelah ia dikembalikan ke China. Kita mesti berpegang pada prinsip "satu negara" dengan menghormati penuh perbezaan "dua sistem", memelihara kuasa kerajaan pusat dengan memastikan pentadbiran sendiri wilayah Hong Kong, melindungi kepentingan negara dengan menjamin kepentingan pelbagai kalangan masyarakat Hong Kong, menyokong perkongsian Hong Kong dan dunia luar di samping menentang campur tangan kuasa luar dalam urusan Hong Kong.

Ketua Eksekutif kerajaan ke-4 Hong Kong, Leung Chun-ying ketika berucap pada majlis tersebut menyeru seluruh masyarakat Hong Kong bersatu padu untuk mencipta masa depan Hong Kong yang lebih cemerlang.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China