Cari:
Obor Olimpik Tiba di London 20 Julai
2012-07-17 16:23:43 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Larian obor Sukan Olimpik London akan tiba di London dari Greece, serta melalui Ireland dan kebanyakan kawasan Britain pada 20 Julai. Demikian diumumkan dalam sidang akhbar di Pusat Media Tidak Berdaftar Sukan Olimpik London yang baru dibuka.

Datuk Bandar London, Boris Johnson berkata, 982 orang menyertai larian obor yang berlangsung selama tujuh hari dan sejauh 200 batu ini. Larian ini akan melalui setiap komuniti di London dan beberapa mercu tanda termasuk Taman Greenwich, Eye of London, BBC dan Pejabat Perdana Menteri di Jalan Downing.

Obor Sukan Olimpik London dijangka tiba di London pada pukul 8 malam 20 Julai. Johnson dan dua orang pembawa obor akan menyambut obor tersebut di Menara London. Obor Olimpik berkenaan akan disimpan di menara tersebut pada malam itu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China