Cari:
NFA Libya Menang 39 Kerusi
2012-07-18 16:35:11 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Pengerusi Suruhanjaya Tertinggi Pilihan Raya Libya (HNEC), Nouri Al-Abbar semalam mengumumkan keputusan terakhir pilihan raya kongres kebangsaan di Tripoli semalam. Perikatan Kuasa Kebangsaan (NFA) yang dipimpin oleh bekas Pengerusi Jawatankuasa Eksekutif Peralihan, Mahmud Jibril memperoleh hampir separuh kerusi dalam pilihan raya tersebut.

Menurut HNEC, 200 kerusi kongres kebangsaan dipertandingkan dalam pilihan raya kali ini. NFA memperoleh 39 kerusi, iaitu 48.8% daripada jumlah keseluruhan kerusi, manakala Parti Keadilan dan Pembinaan di bawah Ikhwan Muslimin mendapat 17 kerusi dan Parti Kuasa Kebangsaan tiga kerusi.

Pilihan raya yang bermula pada 7 Julai lepas itu disertai 2,639 orang calon bebas dan 374 parti serta wakil pertubuhan politik. Seramai 1.7 juta rakyat Libya keluar mengundi kali ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China