Menurut Jabatan Penyelamat Bencana Kementerian Hal-Ehwal Awam China, bencana banjir yang melanda Beijing pada 21 Julai yang lalu telah mengakibatkan 37 orang maut dan tujuh orang lagi hilang.
Jawatankuasa Mengatasi Bencana Negara dan Kementerian Hal-Ehwal Awam telah melaksanakan tindakan kecemasan peringkat ke-4 untuk mengatasi bencana tersebut.
Pegawai kanan dari badan-badan berkenaan telah berkejar ke tapak bencana di bandar Beijing dan provinsi Hebei untuk memantau operasi menyelamat.