Dalam pertandingan badminton Sukan Olimpik pada 30 Julai lalu, pemain terbaik dunia, Lin Dan dan Lee Chong Wei masing-masing mengalahkan lawannya untuk masuk ke peringkat seterusnya.
Lin Dan mengalahkan lawannya dari Ireland 2-0. Namun, Chong Wei menghadapi kesukaran kerana pertandingan tersebut merupakan pertandingan pertamanya selepas mengalami kecederaan pada Mei lalu. Beliau mengalahkan lawannya dari Finland 2-1.