Cari:
Palestin Gesa Israel Siasat Kejadian Tembakan
2012-07-31 15:51:49 CRI Cetak
Pihak Berkuasa Kebangsaan Palestin semalam menggesa kerajaan Israel menyiasat kejadian tembakan yang dilakukan oleh tentera Israel terhadap rakyat Palestin yang menyebabkan seorang maut dan dua orang cedera.

Perdana Menteri kerajaan peralihan Palestin, Salam Fayyad menegaskan dalam komunike pada 29 Julai lalu bahawa tentera Israel perlu bertanggungjawab terhadap kejadian tersebut. Beliau mendakwa perbuatan Israel membina pos pemeriksaan dan menduduki Palestin itu melanggar undang-undang antarabangsa selain mengancam keselamatan rakyat Palesin.

Radio Israel yang melaporkan kejadian tersebut mendakwa bahawa tentera Israel menembak kerana mangsa enggan diperiksa semasa melalui pos pemeriksaan. Jabatan berkenaan mula menyiasat kejadian tersebut.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China