Cari:
Empat Beregu Wanita Atur Perlawanan Disingkir
2012-08-02 13:37:42 CRI Cetak

Empat beregu wanita yang terlibat dalam 'mengatur perlawanan' pada Sukan Olimpik 2012 di London, disingkirkan dari temasya tersebut semalam.

Lapan pemain iaitu empat dari Republik Korea, dua dari Indonesia dan dua dari China dibatalkan penyertaan mereka selepas mesyuarat disiplin yang dijalankan oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF).

Kelapan-lapan pemain tersebut ialah Yu Yang dan Wang Xiaoli dari China, Ha Jung-Eun, Kim Min-Jung, Jung Kyung-Eun dan Kim Ha-Na dari Republik Korea serta pasangan Indonesia, Meiliana Jauhari dan Greysia Polii.

Kesemua mereka didakwa kerana tidak mempamerkan permainan sebenar untuk memenangi perlawanan dan mementingkan diri sendiri sehingga memberi kesan negatif kepada sukan tersebut.

Penonton yang marah dengan tindakan mereka mengherdik dan mengejek kesemua pemain tersebut selepas melihat pukulan yang dilakukan sengaja mengenai jaring ataupun memukul keluar dari gelanggang.

Mereka dikatakan cuba untuk memanipulasi kedudukan pusingan kedua, di mana pasangan yang sudah mara sengaja mahu mencatat kekalahan bagi mengelak bertemu lawan yang sukar di pusingan kedua.

Jadi, apa sebabnya atlet China berbuat demikian? Di China, sukan khususnya sukan kompetitif merupakan kerjaya bagi atlet dan jurulatih, sama seperti kolar putih atau pemandu teksi. Ada ramai atlet yang dari keluarga yang miskin. Pendapatan dan masa depan mereka bergantung kepeda kedudukan dalam pertandingan. Oleh itu, skor sukan amat penting bagi mereka.

Dalam Sukan Olpimpik London, orang ramai bukan sahaja memberikan tumpuan kepada pingat emas, tetapi juga memberikan tepukan kepada atlet yang berani berjuang dalam pertandingan. Perkara ini diharapkan dapat menggalakkan perkembangan industri kesukanan di China mencapai kemajuan kelak.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China