3 Ogos merupakan hari yang ketujuh Sukan Olimpik 2012 berlangsung di London, dan juga hari yang menghasilkan bilangan pingat emas paling banyak, iaitu 22 buah.
Dengan 3 buah pingat emas yang diraih dalam acara renang, pingat emas yang diperoleh kontinjen AS mencatat 21 buah, sekali gus menduduki tempat teratas dalam kutipan pingat emas.
Dalam pertandingan separuh akhir badminton perseorangan lelaki, Lin Dan dan Lee Chong Wei telah menewaskan pesaing masing-masing dan sekali lagi bertemu dalam pertandingan akhir Sukan Olimpik.
Setakat 3 Ogos, AS, China, Republik Korea, Britain, Perancis dan Jerman menduduk tempat teratas dalam kutipan pingat emas.