Sebanyak 18 pingat emas dianugerahkan pada hari kesepuluh Sukan Olimpik di London semalam. Walaupun hanya meraih satu pingat emas, kontinjen China kekal menduduki tempat pertama dengan 31 pingat emas dan 64 pingat keseluruhannya.
Dalam acara kapal layar laser radial wanita, atlet China, Xu Lijia meraih pingat emas dengan catatan masa 30 minit 19 saat. Ini merupakan kali pertama atlet China meraih pingat emas dalam acara kapal layar laser. Selain itu, atlet China, Chen Yibing dan He Kexin masing-masing meraih pingat perak dalam pertandingan gimnastik acara gelung lelaki dan palang tidak sekata wanita.
Pasukan pingpong lelaki dan wanita China masing-masing memasuki final selepas menggagalkan percubaan pasukan lelaki Jerman dan pasukan wanita Republik Korea. Mereka akan menghadapi pasukan lelaki Republik Korea dan pasukan wanita Jepun.
Sehingga 6 Ogos, China menduduki tempat teratas dalam kutipan pingat emas, diikuti oleh A.S. (29), Britain (18), Republik Korea (11), Perancis (8) dan Rusia (7).