A.S. meraih lima pingat emas, mengatasi China yang hanya meraih satu pingat emas untuk menerajui kutipan pingat dengan 39 pingat emas. Pada hari ke-13 Sukan Olimpik London semalam sebanyak 22 pingat emas dianugerahkan.
Dalam acara terjun 10 meter platform wanita, atlet China, Chen Ruolin meraih pingat emas yang merupakan pingat emas ke-200 kontinjen China dalam Sukan Olimpik Musim Panas. Dalam acara taekwondo kategori 57 kilogram wanita dan acara tinju kategori 51 kilogram wanita, atlet China Hou Yuzhuo dan Ren Cancan meraih pingat perak selepas tewas kepada lawan masing-masing.
Dalam acara 200 meter lelaki, juara bertahan dari Jamaica, Usain Bolt meraih pingat emas dengan catatan 19.22 saat dan menjadi orang pertama memenangi acara 100 meter dan 200 meter dalam dua Sukan Olimpik berturut-turut.
Setakat 9 Ogos, A.S. menduduki tempat teratas dalam kutipan pingat emas, diikuti oleh China (37), Britain (25), Rusia (12), Republik Korea (12) dan Jerman (10).