Pada hari ke-14 Sukan Olimpik London semalam, sebanyak 17 pingat emas dianugerahkan. A.S. terus menerajui kutipan pingat dengan 41 pingat emas.
Dalam acara renang berirama berpasukan, pasukan China telah meraih pingat perak dengan mata 194.010. Ini merupakan hasil terbaik China dalam acara tersebut. Sementara itu, pasukan Rusia berjaya menjadi johan dengan aksi yang cemerlang. Pasukan Sepanyol menduduki tempat ketiga.
Dalam acara baling tukul besi wanita, atlet China, Zhang Wenxiu, pemenang pingat gangsa dalam Sukan Olimpik Beijing menduduki tempat ketiga dengan mata 76.34 meter, namun selepas rayuan Jerman berjaya diterima, Zhang Wenxiu kehilangan pingat gangsa itu.
Setakat 11 Ogos, A.S. menduduki tempat teratas dalam kutipan pingat, diikuti oleh China, Britain, Rusia dan Republik Korea.