Cari:
Sukan Olimpik London 2012 Berakhir
2012-08-13 14:12:44 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Sukan Olimpik Musim Panas ke-30 yang berlangsung selama 16 hari berakhir secara rasmi di Stadium Olimpik London malam semalam.

Obor Olimpik dipadamkan selepas pertunjukan simfoni muzik Britain. Sukan Olimpik yang disertai lebih 10 ribu orang atlet dari 204 anggota Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) ini, menganugerahkan 300 buah pingat emas. A.S. muncul juara keseluruhan Sukan Olimpik ini selepas memungut 46 emas, 29 perak dan 29 gangsa. China di tempat kedua dengan 38 emas, 27 perak dan 22 gangsa diikuti tuan rumah Britain 29 emas, 17 perak dan 19 gangsa. Qatar, Arab Saudi dan Brunei Darussalam buat pertama kalinya menghantar atlet wanita ke Sukan Olimpik kali ini.

Presiden IOC, Jacques Rogge menyifatkan Sukan Olimpik di London ini sebagai penuh kegembiraan dan kegemilangan.

Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC), Dewan Negara, Jabatan Pentadbiran Am Sukan Negara, Persekutuan Sukan China (ACSF) dan Jawatankuasa Olimpik China terus-menerus mengucapkan tahniah kepada kontinjen China atas prestasi cemerlang dan semangat Olimpik yang dipamerkan dalam temasya sukan kali ini. Kontinjen China diharap dapat terus meningkatkan kecemerlangan dan semangat sukan agar bidang sukan negara membangun secara lebih saintifik pada masa depan.

Sukan Olimpik ke-31 2016 akan diadakan di Rio De Janeiro, Brazil.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China