Cari:
RMB amat Makmur di Asia Tenggara
2012-08-31 12:32:23 CRI Cetak

Urus niaga RMB di pasaran Asia Tenggara yang kini semakin dipermudah amat bermanfaat bagi pelancong China dan pelanggan tempatan.

Pada tahun 2005, perkhidmatan UnionPay dibuka di Thailand dan Singapura. Pada masa ini, beribu-ribu ATM milik tujuh bank utama di Thailand dapat mengeluarkan mata wang Baht dengan menggunakan kad UnionPay secara langsung. Perkhidmatan dalam bahasa Mandarin turut disediakan. Kedai serbaneka yang menerima kad UnionPay di Thailand juga sudah melebihi 1,000 buah. Di samping itu, hampir semua ATM di Singapura boleh menerima kad jenis itu.

Naib Presiden Eksekutif sebuah bank terkemuka di Thailand, Chen Bowen berkata, perkhidmatan RMB sudah disediakan sejak beberapa tahun yang lalu, dan sejak tahun lalu, pelancong dari China meningkat dengan pesat. Oleh itu, bank Thailand semakin mementingkan pelanggan RMB dan berusaha untuk memberikan kadar pertukaran yang lebih baik kepada mereka.

Urus niaga RMB yang semakin mudah tersebut adalah hasil peningkatan hubungan perdagangan dan pelaburan China dengan Thailand dan peningkatan jumlah pelancong China ke negara tersebut. Menurut statistik, China sudah menjadi destinasi eksport yang terbesar bagi Thailand serta sumber import dan pelaburan yang kedua terbesar bagi negara tersebut.

Pakar ekonomi bank OCBC Singapura, Xie Dongming berkata, urus niaga RMB meningkat pesat di Asia Tenggara dalam tempoh 10 tahun yang lalu. Dari segi perdagangan, banyak bank dari Thailand, Vietnam, Laos dan Myanmar membuka perkhidmatan itu dengan sikap yang positif sejak China mula mendorong urus niaga RMB merentas sempadan pada tahun 2009.

Menurut statistik terbaharu, RMB sudah menjadi mata wang penerbit surat kredit ketiga terbesar di dunia selepas USD dan Euro, dengan menduduki 4% daripada keseluruhan urus niaga pasaran antarabangsa. Surat kredit merupakan kaedah pembayaran yang paling banyak digunakan dalam perdagangan antarabangsa. Pembangunan pasaran pinjaman RMB di seberang laut juga mendapat perhatian umum.

Xie Dongming berkata, Singapura sebagai hab perbankan swasta mengalami lonjakan dalam permintaan pelanggan terhadap bon RMB. Selepas Hongkong, Singapura akan menjadi satu lagi hab perniagaan RMB di luar Tanah Besar China.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China