Cari:
Vietnam Masuk Era LRT
2012-09-07 14:33:24 CRI Cetak

Laluan pertama kereta api bawah tanah (KBT) Vietnam, Laluan 1 mula dibina di bandar Ho Chi Minh pada 28 Ogos lalu. Laluan tersebut yang dijangka siap dalam tempoh lima tahun dianggap sebagai "satu lompatan besar dalam cara perjalanan orang awam di Vietnam". Pada masa yang sama, pembinaan tiga lagi laluan KBT atau transit aliran ringan (LRT) juga akan dimulakan di Hanoi.

Dimaklumkan, Laluan 1 yang beroperasi antara Ben Thanh dan Suoi Tien sepanjang 19.7 kilometer, antaranya 2.6 kilometer di bawah tanah dengan 3 buah stesen, dan 17.1 kilometer laluan LRT dengan 11 buah stesen.

Projek usaha sama Syarikat Sumitomo Jepun dan Syarikat Pembinaan dan Kejuruteraan Trafik ke-6 Vietnam itu dijangka selesai menjelang tahun 2017 dan mula beroperasi pada tahun 2018. Pada permulaan operasinya, jumlah penumpang dijangka mencatat 162 ribu orang setiap hari, dan angka itu akan terus meningkat sehingga 620 ribu orang menjelang tahun 2020. Waktu operasinya adalah selama 20 jam setiap hari dengan selang antara kereta api selama 5 hingga 6 minit.

Sebenarnya, pembinaan kemudahan-kemudahan yang berkaitan untuk projek tersebut telah dimulakan seawal tahun 2008 lagi, dan projek itu dijangka siap pada tahun 2013. Namun, disebabkan masalah inflasi dan teknologi, tarikh siap projek itu terpaksa dilanjutkan sehingga tahun 2017. Jumlah pelaburan juga ditingkatkan daripada USD 1.1 bilion kepada USD 2.4 bilion.

Dalam upacara pecah tanah projek berkenaan, Pengerusi Jawatankuasa Rakyat Bandar Ho Chi Minh, Le Hoang Quan menyatakan bahawa laluan ini merupakan laluan pertama KBT Vietnam. Maka terdapat banyak kesukaran perlu dihadapi, seperti halangan teknologi, modal, bahkan dasar berkenaan. Namun, melalui usaha bersama kerajaan dan semua lapisan masyarakat, projek itu akhirnya dapat dimulakan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China