Keputusan pertandingan pameran gambar "Dunia di Mata Diplomat China ke-4" anjuran Persatuan Fotografi Kementerian Luar China diumumkan baru-baru ini. Seramai 300 peminat dari kementerian tersebut telah menyertai kempen kali ini dengan menyerahkan lebih 1,200 karya. Melalui pemilihan yang dilakukan oleh ahli fotografi yang berwibawa dari pelbagai badan termasuk Persatuan Fotografi China, Agensi Berita Xinhua dan Harian China, 60 gambar memenangi hadiah berkenaan.
Kempen ini bertujuan untuk mempamerkan apa yang disaksikan, dibuat dan dirasai diplomat China, memperkenalkan pekerjaan, kehidupan dan perasaan diplomat China pada zaman kontemporari, dan meningkatkan kefahaman masyarakat terhadap kalangan diplomat serta sektor diplomasi.
Pameran gambar berkenaan bakal dirasmikan di Muzium Ibukota pada 14 September dan dibuka untuk khalayak ramai pada 14 hingga 23 bulan ini.