Cari:
Coca-Cola Kembali ke Myanmar
2012-09-17 14:49:48 CRI Cetak
Baru-baru ini, Syarikat Coca-Cola A.S. mengumumkan akan mengangkut kumpulan pertama minuman bersoda Coca-Cola ke bandar terbesar Myanmar, Yangon. Setelah lebih 50 tahun berlalu, produk syarikat Coca-Cola buat kali pertama diimport ke pasaran Myanmar.

Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Coca-Cola, Muhtar Kent sebagai anggota "Kumpulan Tokoh Ulung A.S.-ASEAN" telah mengadakan lawatan ke Yangon baru-baru ini. Menurut maklumat berkenaan, beliau juga menyaksikan pengangkutan produk syarikat Coca-Cola tersebut serta menyampaikan sebotol minuman Coco-Cola kepada seorang peniaga jualan runcit tempatan. Muhtar Kent menyatakan bahawa syarikatnya amat gembira berpeluang bersama dengan rakyat Myanmar untuk membangunkan masa depan yang lebih cerah.

Minuman Coca-Cola mula dijual di Myanmar pada tahun 1927, hingga tahun 1960. Kemudian, oleh sebab situasi Myanmar yang bergolak dan A.S. mengenakan sekatan yang serius terhadap kerajaan Myanmar, antaranya sekatan pelaburan syarikat A.S. ke Myanmar, mengakibatkan syarikat Coca-Cola berundur dari pasaran negara itu. Selepas itu, walaupun masih dapat menjumpai minuman Coca-Cola dijual di pasaran Myanmar, namun produk itu dari Thailand atau Singapura. Harganya sangat tinggi, iaitu satu dolar Amerika sebotol, hampir sama dengan gaji sehari orang Myanmar.

Sekarang Syarikat Coca-Cola sedang membincangkan kerjasama dengan sebuah syarikat Myanmar supaya produk syarikat itu termasuk minuman Coca-Cola, Coke Light dan Sprite dapat dipasarkan ke seluruh Myanmar dengan secepat mungkin. Di samping itu, kedua-dua syarikat tersebut dalam rundingannya telah membincangkan kemungkinan mengeluarkan minuman Coca-Cola di Myanmar.

Menurut rancangan berkenaan, dalam tempoh tiga tahun akan datang, Syarikat Coca-Cola akan melabur modal yang besar di Myanmar sekali gus menyediakan lebih 2,000 peluang pekerjaan. Namun, seorang jurucakap Syarikat Coca-Cola menyatakan bahawa masih awal menetapkan jumlah pelaburan ke Myanmar, tetapi yang boleh dipastikan adalah pelaburan itu tentu amat penting bagi Syarikat Coca-Cola pada masa depan.

Seiring dengan pembatalan sekatan A.S. terhadap Myanmar serta hubungan kedua-dua negara itu yang semakin diperbaiki, potensi pasaran Myanmar yang besar mula menarik pelaburan syarikat A.S. ke negara itu.

Coca-Cola yang dijadikan tanda budaya A.S. memasuki semula Myamar juga menandakan hubungan A.S.-Myanmar mula dipulihkan dengan menyeluruh. Pada penghujung bulan lalu, A.S. memutuskan untuk memberikan visa kepada Presiden Myanamr, U Thein Sein dan beberapa Menteri dan Naib Menteri kerajaan Myanmar, supaya U Thein Sein dapat menghadiri Perhimpunan Agung PBB yang diadakan pada bulan depan, bahkan berpeluang melawat A.S..

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China