Cari:
Xi Jinping: China Komited Selesaikan Pertikaian Wilayah secara Damai
2012-09-21 15:30:46 Agensi Berita Xinhua China Cetak

China tetap mempertahankan keutuhan, keselamatan dan kedaulatan wilayah dan komited menyelesaikan pertikaian wilayah dan lautan melalui rundingan damai.

Demikian dinyatakan oleh Timbalan Presiden Xi Jinping dalam ucapan perasmiannya yang bertajuk "Berganding Bahu Mempererat Kerjasama Demi Perkembangan Berterusan" pada Sidang Kemuncak Perdagangan dan Pelaburan China-ASEAN sempena Forum Zon Perdagangan Bebas China-ASEAN (CAFTA) 2012 di Nanning pagi tadi.

Xi menyatakan bahawa pembangunan China memerlukan suasana rantau dan antarabangsa yang damai. China tetap melaksanakan dasar diplomatik yang bersahabat dengan negara jiran.

Beliau berkata, China sentiasa merupakan negara utama yang memelihara kedamaian dan kestabilan rantau dan dunia. China tidak akan menguasai dunia, sebaliknya komited mempertahankan kedamaian dunia menggunakan hasil pembangunannya sendiri.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China