Cari:
Malaysia Terajui "Diplomasi Taman Perindustrian" China-ASEAN
2012-09-21 12:55:48 CRI Cetak

Ekspo China-ASEAN (CAEXPO) ke-9 dan Sidang Kemuncak Perdagangan dan Pelaburan China-ASEAN diadakan di Nanning, Guangxi China pada 21 hingga 25 September. Satu acara yang amat menarik perhatian umum ialah Sidang Penawaran Tender bagi Taman Perindustrian ASEAN. Taman perindustrian 10 buah negara ASEAN membuka tender kepada syarikat China. Antaranya Malaysia amat ingin menggunakan peluang ini untuk mendorong penerokaan dan pembangunan Taman Perindustrian Qinzhou China-Malaysia dan Taman Perindustrian Kuantan Malaysia-China.

Pada 28 April tahun 2011, Perdana Menteri China, Wen Jiabao ketika menghadiri Forum Kerjasama Ekonomi, Perdagangan dan Pelaburan China-Malaysia di Malaysia mencadangkan supaya membina Taman Perindustrian Qinzhou sebagai projek kerjasama dua hala yang pertama di kawasan barat China.

Pada 1 April lalu, Perdana Menteri kedua-dua negara menyaksikan perasmian taman perindustrian itu. Seterusnya, pada 15 Jun lalu, Anggota Jawatankuasa Tetap Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China, He Guoqiang dan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak menandatangani perjanjian tentang pembinaan Taman Perindustrian Kuantan Malaysia-China untuk memangkin pembangunan kawasan ekonomi khas di pantai timur Malaysia.

Dalam tempoh lebih setahun sahaja, China dan Malaysia telah melancarkan dua projek usaha sama yang memperlihatkan kesediaan kerjasama yang kuat. Pembinaan taman perindustrian juga menjadi percubuaan bagi kedua-dua negara bekerjasama dengan kaedah yang baharu.

Duta Khas Perdana Menteri Malaysia yang juga Pengerusi Majlis Perniagaan Malaysia-China, Tan Sri Ong Ka Ting telah memuji model kerjasama tersebut. Kata beliau,

"Pelabur dan rakyat kedua-dua negara akan melabur dalam pembinaan kedua-dua taman perindustirian itu. Kerjasama untuk jangka masa panjang dan konkrit ini amat bererti. Saya menyifatkannya sebagai 'diplomasi taman perindustrian', kerana ini percubaan yang baharu yang tidak pernah dilakukan oleh negara lain."

Kedua-dua taman perindustrian ini terletak di kawasan pantai Laut China Selatan, pertukaran dan kesalinghubungannya amat mudah dijalankan. Bijih besi Malaysia boleh dieksport dari pelabuhan Kuantan ke pelabuhan Qinzhou untuk menyokong pembangunan industri pembuatan kapal dan kereta di Qinzhou. Pada masa yang sama, pelabuhan Kuantan juga akan dibina menjadi hab kontena dan pusat logistik di Asia Tenggara.

Sejak pembinaan Taman Perindustrian Qinzhou dilancarkan, penyusunan pelan perancangan Taman Perindustrian Kuantan turut dipercepat. Tan Sri Ong Ka Ting berkata,

"Sekarang pelabur kedua-dua negara dalam projek taman perindustirian itu telah ditetapkan. Kedua-dua pihak merancang menubuhkan syarikat usaha sama yang bertanggungjawab menggubal rancangan pembinaan taman itu. Kami berharap majlis perasmian dapat diadakan menjelang penghujung tahun ini."

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China