Cari:
Lima Fokus CAEXPO
2012-09-21 13:38:48 CRI Cetak

Ekspo China-ASEAN ke-9 ( CAEXPO) diadakan di Nanning, Guangxi China pada 21 hingga 25 September. Naib Persiden China, Xi Jinping dan pemimpin-pemimpin negara ASEAN menghadiri majlis perasmian.

Dalam CAEXPO kali ini, beberapa banyak acara akan diadakan, antaranya lima perkara yang paling menarik perhatian ramai.

Pertama, pemimpin tinggi dari China dan negara ASEAN menghadiri aktiviti dalam tempoh CAEXPO untuk mengeratkan lagi hubungan kerjasama dan persahabatan China-ASEAN. Selain Naib Presiden China, Xi Jinping, turut hadir ialah Presiden Myanmar, U Thein Sien, Perdana Menteri Laos, Thongsing Thammavong, Perdana Menteri Vietnam, Nguyen Tan Dung, Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dan Naib Perdana Menteri Thailand Kittirat Na-Ranong. Dialog antara pemimpin kerajaan dengan usahawan akan diadakan dalam tempoh CAEXPO kali ini.

Kedua, "kerjasama sains dan teknologi" menjadi topik utama CAEXPO kali ini. Oleh itu, Kementerian Sains dan Teknologi China akan mengadakan pameran khas tentang teknologi canggih dan Sidang Menteri Sains dan Teknologi China-ASEAN. Selain itu, sebanyak 13 forum peringkat tinggi yang melibatkan bidang kewangan, pemeriksaan dan kuarantin, industiri pembuatan moden, logistik, perubatan dan kebudayaan akan diadakan.

Ketiga, sidang penawaran tender bagi taman perindustrian ASEAN akan diadakan buat kali pertama di Nanning. Ia menjadi platform bagi syarikat China melabur di negara-negara ASEAN. Antaranya, taklimat tentang pembinaan Taman Perindustrian Qinzhou China-Malaysia dan Taman Perindustrian Kuantan Malaysia-China telah diadakan semalam.

Keempat, jumlah gerai yang dimohon mencatat 5,710 buah, sebanyak 24% melebihi jumlah gerai yang disediakan. Sebanyak 2,280 buah syarikat berdaftar menyertai pameran. Pameran Kopi ASEAN diadakan buat kali pertama dalam CAEXPO.

Kelima, Myanmar sebagai negara kehormat CAEXPO kali ini akan mengadakan pelbagai aktiviti termasuk upacara perasmian balai negara "Bandar Mempesona", temu bual pemimpin negara Myanmar dengan usahawan China dan taklimat promosi negara Myanmar.

Naib Ketua Pengarah Pejabat Kementerian Perdagangan China, Chen Guokai menyatakan bahawa CAEXPO kali ini akan mengutamakan prinsip kerjasama dan menang-menang, meningkatkan efisiensi kerjasama dalam bidang pertukaran lawatan, ekonomi, perdagangan dan pelaburan, terus memangkin hubungan rakan strategik China-ASEAN, mengeratkan hubungan persahabatan dengan ASEAN dalam usaha kerjasama yang menyeluruh.

Pada tahun 2011, perdagangan China-ASEAN mencatat USD 362.85 bilion, China telah menjadi rakan dagang terbesar bagi ASEAN, manakala ASEAN merupakan rakan dagang ketiga terbesar bagi China. CAEXPO telah memainkan peranan penting dalam menggalakan perdagangan China-ASEAN.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China