

Anak perempuan Sultan Brunei, Hajah Hafizah Sururul Bolkiah, 32 tahun, dan pasangannya, Pengiran Haji Muhammad Ruzaini, 29 tahun, telah selamat diijab kabul di istana diraja Brunei semalam. Lebih 5000 tetamu menghadiri istiadat persantapan malam sempena persandingan diraja itu.

Turut hadir ke istiadat tersebut ialah Perdana Menteri Thailand, Yingluck Shinawatra, Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen, Perdana Menteri Filipina, Benigno Aquino III serta tetamu kenamaan lain.








