Cari:
Sambutan Hari Kebangsaan China ke-63 di Jepun
2012-09-26 15:04:07 CRI Cetak
Sempena ulang tahun ke-63 penubuhan Republik Rakyat China, Kedutaan Besar China di Jepun mengadakan majlis sambutan hari kebangsaan berkenaan di Tokyo semalam. Lebih 1,500 orang menghadiri majlis sambutan itu, termasuk sahabat dari pelbagai lapisan masyarakat di Jepun, diplomat negara-negara asing, serta perantau, wakil perusahaan dan pelajar China di Jepun.

Duta Besar China ke Jepun, Cheng Yonghua ketika berucap dalam majlis tersebut berkata, China akan mengekalkan dasar diplomatik berasaskan prinsip memelihara kedamaian dunia demi pembangunan bersama, serta strategi keterbukaan yang saling menguntungkan, di samping bersama-sama pelbagai negara untuk mendorong pembangunan dunia harmoni yang kekal damai dan makmur bersama.

Di samping itu, beliau juga menegaskan, pihaknya bimbang akan situasi hubungan kedua-dua negara yang terjejas akibat tindakan Jepun membeli Pulau Diaoyu milik China. Beliau berharap kerajaan Jepun berganding bahu dengan China dan mematuhi persepakatan kedua-dua pihak untuk menjamin perkembangan hubungan bilateral.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China