Cari:
Masyarakat Antarabangsa Kecam Ucapan Noda pada UNGA
2012-09-28 15:51:25 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Pegawai, cendekiawan dan media beberapa negara mengecam ucapan Yoshihiko Noda dalam Perhimpunan Agung PBB (UNGA) ke-67 pada 26 September lalu yang mendakwa isu pemilikan wilayah yang berkenaan perlu diselesaikan menurut undang-undang antarabangsa.

Akhbar Lianhe Zaobao Singapura dalam rencana pengarangnya mengatakan bahawa ucapan Noda seumpama itu menunjukkan Jepun tidak akan bertolak ansur dalam pertikaian Pulau Diaoyu. Sikap itu pasti akan menambahkan kemarahan rakyat China.

Penolong Presiden Persatuan Khmer-Cina di Kemboja berkata, China memiliki kedaulatan yang tidak boleh dipertikaikan terhadap kepulauan Diaoyu. Kenyataan Noda yang tidak munasabah itu serta tindakan kerajaan Jepun membeli pulau berkenaan secara tidak sah merupakan penghinaan terhadap undang-undang antarabangsa. Segala tindakan unilateral Jepun terhadap pulau itu adalah tidak sah.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China