Syarikat Huawei merupakan sebuah syarikat telekomunikasi kenamaan China yang mencapai kejayaan cemerlang di pasaran antarabangsa. Konsep pembangunan Huawei yang "mendekati pelanggan" dan "mengutamakan pengurusan di seberang laut" membantu mengetengahkan jenamanya di arena antarabangsa.
Huawei menubuhkan syarikat cawangannya di Indonesia pada tahun 2000. Syarikat itu berkembang daripada sebuah syarikat kecil yang hanya mempunyai puluhan orang kakitangan kepada syarikat gergasi di pasaran telekomunikasi Indonesia. Sekarang, Huawei memberikan perkhidmatan kepada 9 antara 10 syarikat telekomunikasi terkemuka di Indonesia. Ketua Pengarah Jabatan Eksekutif Huawei Indonesia, Zhang Rui berkata: "Ketika menembusi pasaran Indonesia pada 12 tahun yang lalu, jualan tahunan syarikat ini belum sampai USD 10 juta, namun jualan tahunan mencecah sebilion dolar Amerika pada masa ini. Dari segi bayaran cukai pula, Huawei antara syarikat asing yang terbesar di Indonesia."
Syarikat Huawei di Indonesia mempunya kira-kira 4,000 orang staf, 80% daripadanya ialah warga Indonesia.
Seorang mahasiswa dari Universiti Bandung yang sedang membuat sangkutan di Syarikat Huawei Indonesia berkata: "Kami mempelajari keilmuan dari segi teori di universiti dan menjalankan praktis di syarikat ini. Di sini, kami memperoleh pengalaman bagaimana berinteraksi dengan pengguna dan menyelesaikan tugasan dalam masa yang ditetapkan. Kami diberikan layanan yang sama dengan pekerja tetap, malah juga diberikan gaji."