Cari:
Kemerosotan Ekonomi Zon Euro Dijangka Berlarutan Hingga Hujung Tahun Ini
2012-10-06 15:51:09 CRI Cetak

Menurut laporan penyelidikan berhubung situasi ekonomi terkini yang dikeluarkan oleh perbadanan statistik Perancis, Jerman dan Itali semalam, kemerosotan ekonomi pada tahap ringan di Zon Euro akan berlarutan sehingga suku keempat tahun ini,manakala ekonomi akan pulih kepada pertumbuhan sifar pada suku pertama 2013.

Laporan itu juga menunjukkan bahawa Keluaran Dalam Negara Kasar(KDNK) Zon Euro mengalami pertumbuhan sifar pada suku pertama tahun ini, menurun 0.2% pada suku tahun kedua, menurun 0.2% pada suku tahun ketiga dan menurun 0.1% pada suku tahun keempat.

Unsur yang tidak menentu dan penyusunan semula dasar fiskal menyebabkan permintaan dalaman Zon Euro menurun pada tahap yang besar.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China