Cari:
Landasan Kereta Api Laju Pertama di Kawasan Paling Sejuk Beroperasi
2012-10-08 14:52:07 CRI Cetak

Landasan kereta api kelajuan tinggi Harbin ke Dalian China beroperasi secara percubaan mulai hari ini. Perjalanan sejauh 921 kilometer itu akan memakan masa hanya empat jam. Landasan itu merupakan landasan kereta api laju yang pertama di dunia yang merentasi kawasan paling sejuk dengan suhu udara hingga 40 darjah di bawah paras sifar.

Kereta api berkenaan direka dengan kelajuan 350 kilometer sejam, namun dalam tempoh percubaan ini akan bergerak dengan kelajuan 300 kilometer sejam.

Landasan kereta api tersebut merentasi tiga provinsi di kawasan timur laut China dan 24 buah stesen.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China